Jumaat, 25 November 2016

Aku,kamu & Kehidupan

Aku mulakan coretan ini dengan kalimah basmalah.......

Dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi maha mengasihani.

Aku bersyukur kehadrat ilahi/tuhan yang telah menempatkan aku disebuah negara yang aman damai, keharmonian negaraku Malaysia dapat dilihat pada pergaulan sosial antara kaum di negara ini tanpa ada sengketa biarpun jurang perbezaan adalah tinggi.

Pada tanggal 7 november 1993 aku selamat dilahirkan ibuku yang ku gelarkan mami. Aku diberi nama oleh ayahku ketika memandu kenderaan menuju tempat pendaftaran, disebabkan namaku yang diberi ilham pada ayahku dalam masa yang singkat itu, lalu ayahku mendoakan aku kelak menjadi orang yang boleh diharap (mudoh baso).

Pada usia kecil aku selalu bercita2 menjadi seorang guru, yang mana cita2 ni menjadi dambaan ramai kanak2..huhu..tapi aku sebenarnya kagum dengan ayahku yang juga seorang guru.
Mencapai usia 7 tahun, ayahku menghantarku ke sekolah sekitar kampungku Bukit Abal, disaat itu ayahku telah pun berhenti berkhidmat sebagai guru.

Sekolah Rendah Bukit Abal menjadi tempat pertama alam persekolahanku, iaitu tempat menimba ilmu menggunakan sistem matapelajaran. sebelum umur 7 tahun aku diajar dan dididik oleh ahli keluargaku, abang2 dan kakak2ku di rumah. Aku belajar mengenali kehidupan alam sekolah yang bagiku tiada yang indah, cuma yang gembira itu ada lah. Selama 6 tahun aku disekolah rendah pelbagai peristiwa silih berganti, UPSR ku pon ala kadar sedangkan peperiksaan ujian aku dapat hadiah sebab pernah dapat A, hmm.. pada hari keluar keputusan aku tidak pergi kesekolah, entah kenapa aku rasa takut dan berdebar sangat tapi aku tetap berdoa untuk dapat A.
Petang hari tu aku bertemu rakan sekelas dia kata aku dapat A dalam 3 Subjek, hati ku pun berbunga.
Keesokan harinya aku pergi untuk ambil result, hmmm.. hampeh takda A pon..aku malu..sedangkan dalam kelas aku antara yang pelajar target.

Pada tahun 2007, kakiku dipaksa ke sekolah ugama arab kat kampung pendalaman yang sebelum itu aku xpernah sampai kat situ...Mula2 tengok memang sedih sekolah tu jauh berbeza dengan sekolah rendahku. Disini lah aku melatih diri dengan besyukur apa yang ada, biarpun hati ini ingin ke sekolah besar2 ternama. Selama 5 tahun disitu penuh dengan memori suka duka, aku tamat SPM dengan 1A..Alhamdulillah..

Walaupun begitu, aku mula mengenali agama secara mendalam, ekoran guruku yang hebat ilmunya 9 tahun belajar di azhar mesir, aku bersyukur kerana dengan agama lah aku dapat kenal tuhanku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan